Followers

14 Mac 2011

Tafsiran Mimpi Menurut Islam


wahaha..cmni pon leh tidoq

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
1.Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat. 

2.Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat 

3.Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh 

4.Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia 

5.Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan 

6.Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda 

7.Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar 

8.Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa 

9.Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

10.Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak 

11.dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat 

12.Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira 

13.Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala 

14.Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar 

15.Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran 

16.Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan 

17.Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang 

18.Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian 

19.Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan 

20.Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

21.Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat 

22.Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan 

23.Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh 

24.Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar 

25.Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

26.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar 

27.Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya 

28.Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati 

29.Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup 

30.Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai 

31.Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita 

32.Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa 

33.Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

34.Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya. 

35.Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati. 

36.Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta. 

37.Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar. 

38.Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah. 

39.Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

40.Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda. 

41.Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat 

42.Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati 

43.Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna 
 
44.Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu 

45.Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang 

46.Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik 

47.Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat 

48.Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga 

49.Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat 

50.Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan 

51.Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w 

52.Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan 

53.Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal 

54.Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna 

55.Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung 

56.Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar 

57.Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri 

58.Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit
59.Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak 

60.Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh 

61.Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan 

62.Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

Tiada ulasan:

PSP Komuniti Blogger

PSP Komuniti Blogger