Followers

5 Mei 2011

Spagetti Meatball..

Bahan bahan:
  • 1bungkus spaghetti mentah
  • 20 (atau terpulang kepada kemahuan) meatball
  • celery
  • asparagus
  • salad
  • sosej
  • lobak merah
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk parsley
  • sebotol kuah spaghetti tomato

Cara cara:
Penyediaan spaghetti:
  1. Masak dan toskan sebungkus spaghetti mentah sehingga kering.
  2. Gaulkan spaghetti yang telah kering tadi dengan marjerin atau minyak masak untuk menghalang spaghetti daripada kering dan melekat
  3. Sediakan salad segar untuk sayuran tambahan berasingan
Penyediaan kuah spaghetti:
  1. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dalam kuali sehingga naik bau
  2. Masukkan kuah spaghetti bersama bawang putih yang ditumis. Gaul hingga panas. Tambahkan sedikit serbuk parsley
  3. Tuangkan meatball (boleh masukkan sebiji sebiji atau potong separuh jika terlalu besar) ke dalam kuali. Tambah air jika perlu. Masak dalam kira kira 5 minit untuk melembutkan meatball tadi
  4. Masukkan bahan bahan lain seperti sosej dan sayur sayur yang telah dipotong. Tunggu hingga 5 minit lagi
  5. Tuang kuah spaghetti ke dalam bekas.

Kuah meatball dan spaghetti boleh disediakan berasingan atau terus dicampur, bergantung kepada selera atau kemahuan si pemakan.

Tiada ulasan:

PSP Komuniti Blogger

PSP Komuniti Blogger